S : Gambar passport latar belakang biru atau putih?
J : Boleh kedua-dua latarbelakang. Sama ada biru atau
putih
S : Pukul berapakah saya perlu hadir disana selewatnya
-lewatnya?
J : Pukul 8.30 pagi. Untuk sesi Pendaftaran
Lewat Pendaftaran tidak akan dilayan
S : Adakah kursus 2 hari ini menginap di sana?
J : Tidak. Kursus diadakan 2 hari dan balik hari
S : Berapakah peruntukan masa rehat tengah hari dan
bolehkah saya keluar makan bersama pasangan
saya?
J : Satu jam. Makanan dan minuman telah sediakan.
Untuk menghargai masa harap dapat mematuhi
had masa yang dibenarkan
S : Saya tidak mempunyai pasangan, bolehkah saya
menghadiri berkursus?
J : Boleh. Tiada masalah
S : Saya pernah berkahwin dan bercerai. Adakah saya
perlu ambil kursus semula?
J : Perlu jika cerai hidup. Jika cerai mati tidak perlu
ambil kursus
S : Bolehkah saya menangguhkan kursus hari kedua
dan lakukan pada minggu berikut?
J : Rujuk urusetia kursus dan bincang tarikh
bersesuaian
S : Bolehkah saya memakai kopiah/ketayap/serban
ketika berkursus. Dan gambar dipassport juga
berserban atau kopiah?
J : Boleh. Asalkan kemas pada pandangan
S : Pasangan saya berasal dari Negeri lain. Bolehkah
berkursus sekali?
J : Boleh tiada masalah
S : Saya sudah berkursus. Namun saya ingin temankan
pasangan saya berkursus. Adakah boleh?
J : Boleh. Tiada masalah. Perlu membayar yuran
kursus untuk duduk didalam dewan kursus
S : Semasa berkursus adakah sebarang ujian akan dilakukan?
J : Tiada sebarang ujian atau temuduga
S : Pasangan saya bukan rakyat tempatan, namun dia islam.
Bolehkah ikut serta berkursus?
J : Boleh. Bawa sekali salinan passport untuk pendaftaran kursus